Thursday, May 23, 2013

Entry Khas untuk Guru Pelatih Ipg

kurang 5 jam lagi aku akan duduk atas kerusi bas dan menuju ke kampung halaman tercinta. 

exam dah habis!

yeayyyy!!!

cuti sekolah 3 minggu ni akan digunakan sebaikkk mungkinnnnn untuk berehattttt secukupnyaaaa :P

yeay!!!!

dan sila jangan makan banyak!!

alaaa!!!!

ok. selamat bercuti untuk semua guru pelatih, guru-guru sekolah dan anak murid tercinta. mmuahx!


bye semester 5 

jumpa semester depan IPGKKB :)


p/s: cuti sekolah mula, alamat tak berupdate lah blog ni. hehe :P

Saturday, May 18, 2013

Ustaz Kazim Henti Ceramah Kecewa diFitnah


“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.



“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.


Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

p/s : sifat pendakwah seharusnya tabah dan sabar. bukan putus asa. :) 


sumber : harian metro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...