keduanya,aku nak memperjelaskan lah kat sini apa yang kurang jelas selama ni ya. aku menulis blog ni sebab aku rasa nak menulis. aku suka menulis. bercerita. dan sebagainya. namun, aku sedikit terasa hati atau tersentap sikit apabila terdapat satu dua orang pembaca mendakwa aku "copy and paste" entry yang ditulis. besar kecik hati ni tahu!.hum.
aku ni bukan nak berlagak atau nak menunjuk atau nak ape apelah. cuma aku nak bagitau lah. kalau aku ambik entry dari orang, aku akan jelaskan sumbernya . sedikit petikan dari entry aku yang lepas
"melihat notification merah itu membuatkan saya tertanya-tanya. ekeley. macam tak pernah dapat mesej pulak!.huh! penghantarnya perlu dirahsiakan. tetapi saya cukup tertarik dengan isi mesej itu. haaa.ni yang nak share ni.:)"
nengok. aku tulis isi mesej itu dari orang lain. untuk lebih jelas korang boleh buka link ni sudi kamu jadi imam saya.
dan semua entry yang aku tak jelaskan sumbernya tu. haaa totally!. hak sendirian berhad!. penat penat aku menulis, sesedap rasa je kate aku copy paste. banyak cantik muka kau!
jadi, aku mohon. jangan lah kita sesedap rasa je hendak berkata itu dan ini tanpa bertanya dahulu kepada tuannya. aku bukanlah nak main jiwa sangat dengan hal kecik macam ni. tapi aku cuma nak menegakkan kebenaran.
cuba kalau aku cakap semua assignment yang kau buat tu copy paste semata mata. sedangkan kau gegila perah idea masa buat assignment tu. kecik hati tak?. aku yakin 100 % korang mesti main jiwa macam aku sekarang.
korang jelas tak apa yang aku nak sampaikan ni?. haaa. baguslah kalau faham. terima kasih la bebanyak. atleast korang sudi jugak baca. aku tak pandai pun menulis blog segala bagai ni. cuma untuk kepuasan diri dan berkongsi ilmu dengan orang lain. tu sahaja.
teruskan membaca ye dan selamat beramal.:)