layak kah aku jadi cikgu?

layak ke aku ni jadi cikgu. rase diri ni hina sangat. aku tak pernah termimpi langsung pun nak jadi cikgu. tapi Allah dah tetapkan segalanya. so, bila dah jadi cikgu ni, perangai buruk tu kenalah ubah kan.

Nak dijadikan cerita, aku ni bukanlah baik sangat.tapi tak pernah lagilah orang kate aku ni jahat.keluar matrik  terus masuk maktab, kehidupan aku terus berubah. dari memang sedia baik kepada lebih baik. ececeh. yelah kan, sebab aku memang baik sikit dekat matrik tapi bila masuk maktab aku jadi baik banyak. hoho~

subjek yang bakal aku ajar besok-besok pun sangat mencabar. iaitu pengajian agama. hee~

Oleh itu secara langsung, kehidupan lama aku sedikit berubah. aku sedar. perubahan tu sangat perlu. tapi agak sukar untuk dilakukan. bukan senang nak berubah semua kan. Jadi kawan-kawan. jangan lah marah kalau aku tak mampu nak pakai tudung labuh selalu macam korang semua. sikit-sikit ok.~

sukar nak cari kawan sebaik macam ni..:)



ha!.ne kawan yang senget sikit~

tapi, apa yang aku tak puas hati bila jadi budak agama ni.mesti ade je yang tak kena. hari itu aku ngan empat orang kawan aku kena tahan oleh HEP. dan kena isi borang salah laku.

lepas tu, kitorang kena sediakan surat sebab datang lewat.sungguh! kitorang  tak sengaja pun. mase tu kan baru balik dari kampung, biasalah tu lewat!~
nak hantar assignment lagi..
printer buat hal lagi..
tido lambat pulak..

jadi, kitorang pun hantarlah surat tu kat HEP,
dan dan lepas tu, adelah sorang lecturer tu berkata "hey, kamu semua nie opsyen ape?"
kitorang." pngjian agama puan"
"kamu ni pelajar agama, tunjuklah perangai baik sikit, kalau kamu ni budak bi, pj ke saya tak kisah"
"eh!.puan ingat kami ni malaikat ke tak buat salah". ok. ayat tu keluar dalam hati aku je. huh!!

oh.kiranya kalau opsyen lain buat salah. takpelah ye. buat buta aje?.macam tu rupanya. memanglah kitorang kena jadi contoh. tapi semua orang pun kena jadi contoh. lagipun kesalahan tu bukannya besar. kira baik lah tu terlewat. daripada orang-orang yang tak pergi langsung. kan?

salah konsep betul! lagi satu untuk puan HEP tu, kami memang tak terniat pun nak jadi JPP. jadi tak payah lah cakap. "kamu ni jadi JPP pun tak layak tau!"
wah-wah, bukan main lagi. maaflah.

jadi, untuk tauladan semua. kita ni. jangan lah pilih-pilih orang pulak. semua sama. takde beza. kan?
fikir-fikir kan lah ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...