Wednesday, April 20, 2011

fantasia bulan madu..

3, 4 tahun akan datang, insyaAllah aku akan mendirikan rumah tangga. ecehh! yakin je. haa. bukan aku sorang sahaja. korang korang pun gerenti akan kahwin jugak. lambat atau cepat, semuanya ditangan Allah.



memandangkan umur aku yang dah menginjak 21 tahun. tambah pulak 3 tahun setengah pengajian kat maktab ni. humm. kira kira 24 tahun setengah aku habis belajar dan kerja. jadi. waktu tu adalah waktu yang sangat sesuai untuk aku menamatkan zaman bujang. sambil tersenyum sorang sorang hati aku berbisik "elok sangat dah tu". hee. :)


perancangan tu perlu. sangat perlu. bukan kita nak menggatal atau nak menggedik . kita hanya merancang, Allah yang menentukan. jadi, jomlah merancang.


bila dah masuk bab rancang merancang ni. otak kita tak akan lari dari memikirkan di manakah tempat bulan madu yang paling sesuai dan seronok. ok!. kalau korang tak terpikir, takpe. tapi aku dah terpikir. sebab aku memang suka bercuti dan melancong!


sebenarnya, tak kisah pun nak berbulan madu dekat dalam Malaysia ni ke, luar Malaysia ke hatta ke planet Marikh sekalipun takde sape yang kisah. sebab ni merupakan perancangan dan keinginan sahaja. haaa. jom tengok 5 tempat bulan madu yang best!..:))


1) Karambunai, Sabah



tengok gambar je dah teruja!.lawa sangat. kalau rase nak berenang je boleh terus terjun tengah laut. memang kelas lah dapat pergi sini.


2) Cameron Highland, Pahang



wah!. yang ni pun suka jugak. suhu sejuk, bila cakap je keluar asap kat mulut. bangun pepagi. pergi petik strawbery dan anggur buat sarapan. seronok. seronok!


3) Pulau Langkawi, Kedah



selain tempat melancong, kita boleh melihat tempat bersejarah juga di langkawi! tapi yang paling best!. nak borong cokelat bebanyak kat sana.


4)Pulau Tioman, Pahang



pulau tioman adalah antara 10 pulau yang tercantik di dunia. tengok air yang jernih tu. memang kalah air kolah kat bilik air rumah kita. memang menaikkan semangat lah nak pegi sana.


5)Bukit Hijau, Kedah



haaaaa. tak sangka kedah ada air terjun macam ni punya lawa. fuh!. sangat memukau hati dan perasaan. tak sabar rasanya nak menjelajah ke sini. yeayy!


bila tengok semua tempat tempat ni. memang terasa nak kahwin cecepat. tak sabar nak menerokai alam ciptaan Allah yang luas ni bersama suami yang tercinta. <= susah nak berhenti bila dah berangan. dan aku sangat menggalakkan korang semua, berbulan madu di Malaysia je. selain menjimatkan kos perbelanjaan, kita dapat menambah baik ekonomi negara dengan melawat negara sendiri. tak perlu ke luar negara. dekat Malaysia ni pun tak terhabis tempat tempat menarik yang kita nak lawat. Jadi, cuti cuti Malaysia yaaa.


selamat beramal.


p/s : awak, kumpul duit cecepat ye.:)

4 comments:

radhiah isa said...

tergolak den baco kau pnya entry ni jighah oi...ape2 pon semoga tercapai angan2 kau ni. den nk p paris (angan2 kak limah) bersama suami tercinta. gagagagaga

cik kiwi's said...

alaaaa deq. paris jauh bonaaaa!.haha

ewan murad said...

waa cantik nye...t kite g sme2 k...

cik kiwi's said...

hehe. yeay..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...