Wednesday, June 15, 2011

Meniru aka Copy+Paste


Danial : hoi sara! tadi dalam dewan kau bawak nota kan!. kau meniru ehhh!? (muka nak marah)

Sara : haa?. tak lah. mana ada. aku terbawak. tapi aku tak tengok pun nota tu. (sambil tersengih)

dush dush!!

nampak sangat menipunya si sara tu. kalau dah bawak nota masuk dewan. takde maknanye kalau kau tak tengok nota tu!. pembohong!. penipu!. peniru!. hnssff..hnsff.. emosi betul la camni! huh!

haaa. apehal tetiba kau emosi cikgu??!

ok. kali ni aku nak bawak korang semua jelajah cerita pasal tiru meniru ni. umm. kalau orang dulu dulu panggil menoyol. haaa. orang moden sekarang pulak panggil copy and paste!. haaa. omputih lagi. class gitu.!

kes macamni memang selalu sangat terjadi. lagi lagi masa menduduki peperiksaan. diorang ni patut kena paksa pakai camni barulah berhenti meniru agaknya.


ada banyak gaya orang yang meniru ni...

1) tiru orang sebelah.

yang ni tak payah nak cakap. memang sangat biasa dilakukan. si peniru akan bertindak memanjangkan lehernya sehingga dapat melihat jawapan orang sebelah. huish!. ni boleh berlakon cerita fantastic 4 dah. boleh main panjang panjangkan organ.

2) bawa nota masuk dewan.

yang ni aku tak pasti ramai ke tak yang buat. kes bawak nota ni pulak. kalau dah terkantoi tu. mula la buat alasan . " ehh,. terbawak!. tak perasan lah cikgu ". ayat camni memang mintak pangg!

3) tulis kat tangan.

humm. ada lagi ke orang buat macam ni?. aku rasa macam tak logik je tulis kat tangan ni. yelah. kita bukan tahu soalan keluar apa. takkan lah si peniru ni nak tulis satu buku atas tangan kan?. ishh. tak logik. tak logik

4) bawak buku teks terus.

ok. yang ni kalau cikgu tak nampak!. cikgu punya salah. takkan la tak nampak buku teks yang besar gedabak tu!. masalah ..

5) pergi toilet.

haaa. yang ni pun macam ramai buat. mungkin diorang tulis kat dinding toilet tu ataupun letak buku terusss. hamboi!. mudahnya kerja kau kan!!kan??


mungkin ada banyak lagi gaya dan cara meniru ni yang aku tak tahu. sebab aku ni dah berhenti meniru sejak aku darjah darjah lagi. masa sekolah rendah tu ada jugak lah meniru orang sebelah menyebelah. dan. sekarang, bila kita makin dewasa. kita boleh pikir dah. betapa tak eloknya meniru ni. tak best langsung korang tahu tak.

buktinya.

korang meniru dalam exam. bila keluar result. wahh. kemain berjaya result korang. namun. kejayaan tu bukanlah datang dari diri korang sendiri. bukan dari usaha belajar korang selama ni. kalau aku jadi "peniru" tu. aku tak akan bangga langsung dengan result yang aku dapat tu.


dan korang. sebenarnya meniru ni hukumnya haram tahu tak. berdosa.
meniru tu menipu. dan terdapat hadis rasulullah berkenaan larangan menipu :


“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

" mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? barang siapa menipu, mereka bukanlah dari golongan kami (islam)" ( riwayat Muslim, 1/99)



dan. peperiksaan itu merupakan amanah. amanah kita terhadap diri sendiri. amanah pada ibubapa. amanah kita dengan guru. dan yang paling penting amanah kita dengan Allah.

ciri ciri orang munafik ada 3. pertama bila dia bercakap dia dusta. bila dia dia berjanji dia ingkar dan bila dia diberi amanah dia khianat.

naaaaa. bahaya sebenarnya meniru ni. memang lah kita akan bersuka ria dapat keputusan yang bagus. tapi kita tak terpikir kan. kesan meniru ni dalam kehidupan kita.

cuba bayangkan, kita dapat pekerjaan hasil dari meniru. seterusnya gaji yang kita perolehi kita bagi anak anak kita makan pakai. sedangkan. hasil yang kita dapat itu atas jalan kezaliman kerana mengambil atau meniru hak orang lain. adakah rezeki kita halal?

cuba tengok sekarang, berapa ramai orang yang keputusan cemerlang. tapi menganggur?. kena muhasabah diri balik ni.

biarlah result kita rendah. asalkan berkat. sebab tulah kita kena usaha. belajar. jangan malas. pikir nak senang je. memang tak boleh lah kan.

p/s : bukan masa exam je. assignment pun sama. jadi kenalah olah pakai ayat sendiri. bukan copy paste. ok!!.

oklah. selamat beramal. :)


9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nk menipu mmg mcm2 caranya..

hekhek..

Anonymous said...

good :)

Lya Amie said...

oh tidak .. i terasa .. hahaa .. tpy kamy lam klas brbincang lao ckgu ta npak .. msa ujian jela .. exam btol tade la tiru .. pssstt .. ade gk yg tiru ! ^^

NuSaNa NoSa 91 said...

kesan menipu dlm peperiksaan ni bg kesan utk jangka masa yg lama.. sampai ke rezeki kita, anak2, cucu2.... huhu~T_T

cik kiwi's said...

betul tu korang. sedar tak sedar sebenarnya ia effect banyak benda. takut. :(

Mohamadazhan.com said...

kalau terdesak macam2 gaya meniru ni...

betul2..meniru ni menipu...

cik kiwi's said...

ye. sangat!!. jadi jangan meniru..:)

Alif Haris said...

uish ... tak baik meniru ni .. ish3 .. ape nk jadi

cik kiwi's said...

haha. betul betul. jangan meniru. ececehhh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...