Tuesday, July 5, 2011

alaa. biasala tu perempuan lambat siap.~

"si suami : timah. siap belum? lambat dah ni.

si timah : alah abang. kejap la. bedak belum tepek. gincu pun tak pakai lagi ni."


10 minit kemudian


"si suami : ya Allah. awak buat ape lagi tu!?. (nada dah bertukar marah )

si timah : ok bang. ok. jap. mane kasut tumit tinggi merah saya ni. nampak tak?.

si suami : huh! "


naaa. lambat bersiap adalah benda yang paling orang lelaki tak suka.


kenapa perempuan mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap? mengapa?


biar aku jawabkan. sebab aku pun salah seorang yang sangat mengambil masa untuk bersiap. hehehe. <= gelak sopan.



1) bermula dari dalam bilik air lagi. nak shampu. nak cuci muka. nak sabun. nak scrub. nak gosok gigi. nak pakai listerine pulak. paling teruk siap nak mandi bunga. apedehal kan?. semua ni makan masa setengah jam ni.



2) wanita sangat teliti dalam memilih baju yang hendak dipakai. contohnya. baju hijau mesti nak tudung hijau. beg hijau. kasut hijau. gincu hijau. erkk?. ye ke?.



3) wanita lah yang sangat prihatin terhadap keselamatan rumah. maksudnya. merekalah yang paling lambat sekali keluar rumah untuk memastikan rumah dikunci. lampu ditutup. bekalan makanan, minuman dibawa dan sebagainya.



kalau perempuan belum kahwin. boleh tahan lagi. kalau perempuan yang dah kahwin. lagilah lambat. dari sejam boleh jadi dua jam. mana taknya botol susu anak lagi. pampers lagi. itu kalau anak kecik. kalau anak yang dah besar sikit tu. masa tulah nak pergi tandas. nak makan lah apelah. kesian si ibu.



kesimpulannya. perempuan ni bukan sengaja nak lambat bersiap. dan bukan semua perempuan yang lambat bersiap. naaa...:))


p/s : eley. kalau lelaki lambat bersiap. lagi teruk. mandi sampai 3 jam. kalah orang perempuan. kan?? kan??. huh.


23 comments:

cengkerangcipot said...

my wife siap kejap je..
sgt suke care die.. hehe

N said...

eley. kalau lelaki lambat bersiap. lagi teruk. mandi sampai 3 jam.

nampak benor nipu..haha,laki mandi x sampai 5 minit jer kot

Hang Leo said...

aku mandi kejap je....y lambat tu laki mandi ngan bini sekali.,hahahhahaha

Nyamuk Terbang said...

ptt la sllu sy kna tnggl dgn mak
bersiap smpai dkt sejam
padahal pkai tshirt dgn sluaq ja

cik kiwi's said...

cengkerangcipot : untunglah. dapat bini camtu..:))

N : hang tak bersabun la tu n. kui kui..

hang leo : hahahahha. opsss!!

aztiqah : saya lain. saya dengan mak mak saya sekali kena tinggal dengan abah saya. hahahahah

kecohabes said...

janji kul 9, siap kul 920..hu3..gf mber lg la, delay 1jam lg..=.=!

cik kiwi's said...

hahahah. alaaa. biasa lah tu. kenalah redha..:P

Tinta Lana said...

oh..pempuan lambat biasa la. tapi lana pernah dan smpai skrg alaminya lagi..lelaki setiap kali mandi 30 minit berdondang sayang dalam bilik ayor- my cousin,hahahaha. tensen lana dgn dia,hahhaha

eh, lana da folo sini?bila masa?hehe. tak ingat cik kiwi.

cik kiwi's said...

hahah. ye. saya pun mengalaminya jugak. adik saya. sangat laaaaaaaaamaaaaa mandi. pencuci muka dia sampai 2 3. menjaga muka sangattt~

afzalsukasuki said...

saya nak cr wife yang pandai jimat masa dan pd msa sama pndai jaga penampilan :)

Alif Haris said...

kesimpulannya,, kllu nk cepat bia suami tolong isteri bersiap .. haha^^

cik kiwi's said...

ok. sila dapatkan saya.hahaha..:P

cik kiwi's said...

alip. suggestion sungguh bagus. ahaksss

Encik JI said...

tu bukn mndi da tu.. ad keje laen yg dibuatnye smpi 3 jam. haha

cik kiwi's said...

JI : aiyakkkk. hahahhaha...:P

tea : aah. kami suami isteri pun cepat je jugak. erkk?. gulp..apakah. hahah

semutsengal said...

taknak tau..taknak tau..

yg penting kenapa janji nak keluar kol 8 tpi kol 9 baru siap.


AGAGGAGAGAGAGGA

Anonymous said...

sy mndi x de la lama sgt...tp yg brsiap tu lambat..tmbah2 time nk pkai tudung..smpai mak menjerit2 suruh cepat...

cik beLLanan said...

takdela semua lambat siap kan. cuma pompuan ni teliti je. hehehe

cik kiwi's said...

anif : tu lah namanya janji melayu. kui kui

anon : hahaha. same la tu. lambat juga.

bella : ye. setuju!!!!

Unknown said...

ahaha... memang la... pompuan nak nampak kemas kot bab tu bsiap lambat... :D

cik kiwi's said...

ye. saya setuju!!!. setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Rean said...

laki ppuan sama je kekadang :)

cik kiwi's said...

yee. betul tu IM..hahaha. marilah bermaaf-maafan sesama kita. hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...