Sunday, September 18, 2011

jangan pandang orang sebelah mata!

berbudi bahasa sikit. kitakan orang melayu. haishh. ni buat aku nak marah ni. kalau ikutkan hati. mahu je aku kuar ayat ayat sedap aku tadi.


10 minit sebelum nak marah.


aku dengan langkah laju masuk ke pasaraya Pantai Timur (orang kat sini panggil PT). sambil betul betulkan tudung yang senget. aku berjalan ke port jual2 makeup. sebab nak cari gincu silky girl sebagai ganti gincu lama aku yang sikit lagi dah nak habis.


dari jauh. aku nampak 3 orang salesgirl yang tak berapa nak muda tengah berborak borak. muka masing masing makeup tebal 3 inchi. huhu. lawa leetteuwww..huh!


sampai je kat situ. aku pun cariklah no siri gincu yang menjadi idaman hati. terbongkok bongkok aku mencari. salesgirl makeup tebal tadi masih duduk berborak dengan girangnya. aku teruskan carian.



haa!. dah jumpa!. aku pun berpaling dekat salesgirl makeup tebal itu.


"umm. yang ni ye kak". sambil tersenyum manis. aku letak gincu tu atas meja resit dia.

...humm. ishh. apesal dia tak pandang aku ni. aku berdiri kat depan dia kot.


tetiba kawan dia bersuara.

"kak. tu haaa. customer."


"oh sekejap eh". (sambil menekan nekan butang henpon). "humm. awak beli ni?. siapa yang pakai? awak ke yang nak pakai ni?"


demm!. apesal dia tanya camtu kat aku!. soalan jenis ape ni? dah aku yang beli. mestilah aku yang nak pakai. takkan tok wan aku pulak!!!


"haa. aah." jawab aku pendek. tawar hati dengan soalan beliau itu.


salesgirl tu sikit pun tak pandang muka aku. sambil menulis harga kat resit tu. dia pun bagi kat aku.

"nahh. bayar kat cashier" (sambil terus menyambung borakkan).


ohhh......apakah?apakah?. terima kasih pun dia tak bagi kat aku.


hadoi. panas je aku. menyirap sungguh. mentang mentanglah aku pakai tracksuit dengan bajupagoda tshirt RM10 ringgit je. hang pandang aku sikit pun tak nak kan.~


kau pun satu. cuba pakai baju lelawa sikit. pakai dress evening ke. barulah salesgirl tu nak layan kau baik macam puteri raja!.

hello!. aku nak pergi pasar malam je kot!!!aaaaaaaa......


aku tak tahulah kenapa kakak tu boleh dapat keja jadi salesgirl. harap makeup je tebal. tapi nak senyum pun payah. adab sopan dan budi bahasa sebagai salesgirl pun jauh sekali...


aku takdelah mintak layanan vvvip. layan leklok sikit lah. paling kurang senyum!!


cuba jadi camni...


lawa dengan senyuman

haaaa.. jadi salesgirl yang gigih berusaha. sentiasa senyum. layan customer dengan cara yang baik. tak kisah lah customer tu camna sekali pun. ish..ish..


p/s : senyum tu penting ok!. baru nampak muda ~

28 comments:

Saddila said...

teruk gile salesgirl tuu .

dila baca pon sakit hati .

bedebah betul diorang !

Karya Hati said...

dh penah kena...menyampah bile jadi cmtu...kerek! igt bgs sgt...

miranadia said...

pernah gak jd cmtu..
time tu pegi klcc masuk kedai jam
cashier salesgirl wat tak tahu je kat kteorg..
patut la pon...harga mahal yg amat

cik kiwi's said...

@ChaChasangat. tahu xpe. da tugas dia. kena lah buat bebaik..huhu
@Saddilasangat sakit jiwa dilaaa..rasa macam..ishh. apeni..pelik lahhh

cik kiwi's said...

@cikgu nadiahuhu. itu harga mahal lain nad. yang ni lipstick tu 23 hinggit je punnnn. adoiyaiii akk saless!!

bella luna said...

setakat nie cik bella tak penah kena agy ngan salesgirl camtu,tp in case la kena,tgk la cane cik bella kenakan balik,biar die reti nak senyum ket,hehe

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wah . sangat sakit hati . walopom choki ta penah kene .

cik kiwi's said...

@::ini belog saya . cinta hati saya::oh cecoki...sangattttttttt!!. geraaammm..
@bella luna haaaa. patutnya saya pun rasa nak jawab. tapi kang main tarik tarik rambut pulak. ngeh negh~

afzalsukasuki said...

sape nama minah tu.meh aku nak buat repot kat pejabat buruh.haram-jadah punya perangai!

moon said...

hehe..bwk bersabar ye dear...

cik kiwi's said...

@moonmmg kena bersabarla ni yanggg..huhuh
@afzalsukasukialahaiiii. akak tu tak pakai name tag macam den la apzal. kalau z. dah lama dahhhhhh!!

Unknown said...

mama CHP pon pernah kene mcm tu . .
mmg saket hati kan . .

Anonymous said...

next time jgn beli..
campak kat muka dya.
pastu jumpa tuan empunya kedai.report.
sure dya akan diberi warning .kalau nak dyer benti keje tambah ayat pedas.ok
jgn marah2x dear

Anonymous said...

dorang memang macam tu nak makan pelempang je tuh,

cik kiwi's said...

@cik hijau purple VS nur faieye. betul tu deq. geram gilaaaa
@miratun madihahsangat kot. tapi dia macam makcik makcik sikitlah maksu milatunn. tak sampai ati..:P

cik kiwi's said...

@arin cattu bukan kedai yang khusus jual makeup je yang. macam pasaraya besar. kang buat camtu. ade yang men tarik tarik rambut. kecoh plkk..huhu.

zuera said...

sabo2..org2 mcm 2.....sebnr ny..keje x ikhlas..keje sebab nak gaji je...thts why lyn custmer cm2...haish...aku pun nek mnyirap..dah la ty soklan yag x sptutu die ty kat cstmer...grr.....

arituarini said...

senyum tk perlu kata apa2..

cik kiwi's said...

@ArulchelseAsenyum sokmo arul..:P
@zuerantahnye. cuba tanya dah makan ke belum ke. ape ke.tahan sikitttt..

Alif Haris said...

haha .. die tak nak layan p je kedai lain .. biar rugi..pdn muke

Anonymous said...

next time make a report ok.
sabar syg

Salwa said...

pehh..kerek plak salesgirl tu. Nak je tegur depan-depan.genti sentap dye.huh. hehe. Salam perkenalan..i follow u. :)

cik kiwi's said...

@arin catyehhh. sangat penting.
@alif haristempat lain takdak la alip..huhu

cik kiwi's said...

@Salwasalam perkenalan..:)

.kozue. said...

sakit hati jumpa orang macam ni. kerja makan gaji buta ni. oopss. haha

cik kiwi's said...

hahahha. tepat sekali kozue

Solihahazahar said...

hempuk sekali salesgirl tuu mmg best wokk hahahah :D

cik kiwi's said...

@Solihahazaharhahahaha. sangatttttttttttt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...