salam. korang rasa kehilangan aku tak semenjak dua menjak ni?. mesti korang rasa sunyi kan tanpa hilai tawa aku. ngeh ngeh. (padahal takde orang ambik kisah pun pasal kau).





minggu ni memang aku agak sibuk dengan urusan maktab. pasal seminar lagi. pameran lah. macam macam lagi. haish!
tutup cerita kat atas ni. haaa. ok. aku nak tanya korang satu soalan. korang kalau pergi kerja ke. kelas ke. pergi shopping ke. korang ambik kisah tak pasal tudung dengan baju yang korang pakai? maksud aku kaler dia padan ke tak. haa. lelaki pun sama. kemeja dengan tie tu. masuk ke tak? atau korang main hentam keromo je??

takde motif taruk gambar tanda soal
perhatian!
sila ambil kisah !! <= padahal aku bukan peduli sangat pun. ngeh ngeh~
masa aku kat matrik lah aku baru tahu cara nak memilih pakaian yang sesuai. masa belajar subjek dinamika. asal masuk je kelas tu. cikgu aku tu mesti cek dulu baju dengan tudung yang kitorang pakai. huish. pastu mulah sesi membebel.

"halimah!. baju ni kan dah bercorak. apsal tudung pun corak jugak? serabut. macam badut tau"."ali, apsal awak tak pakai minyak rambut?. dah macam sarang burung pulak. sikat ke tidak ni?""awak ni hamzah. minggu lepas baju ni. minggu ni baju ni. satu baju je ke awak ade?"
serius. tension. kih kih. tapi bagus jugak. lepas kena tegur tu. masing masing bertukar jadi cun dan kacak kalau masuk kelas dia. timo kasih cikgu.
ok. ni dia tips nak pilih baju. tudung. kemeja dan tie yang betul.
haaa. untuk perempuan. kalau baju yang kita pakai tu kosong. kita kena lah pakai tudung yang bercorak. tak kisah la corak ape pun. asalkan kaler dia matching dan tak nampak pelik.
sopannya dia. anak sape la tu. haha~
kalau baju yang kita pakai tu ada corak pulak. tudung yang kita pakai tu kenalah kosong. kalau tudung corak. baju corak. dah nampak macam pokok bunga berjalan je. betul. tak tipu!
lepastu kalau nak lebih cantik. kaler tudung tu ambik kaler bunga. baru cun!!
credit to ayuni. jadi model sat~
untuk lelaki pulak. kalau kemeja yang korang pakai tu kosong. tie tu sesuai yang bercorak. tapi kalau pakai corak kartun kartun tu tak sesuai kot. huhu~

google nye belas kasihan
dan kalau kemeja tu berbelang ke. berbunga ke. <= ehh?. ade ke? bebunga?. tie korang kenalah kosong. tak lah nampak serabut. hensem pun bertambah 2 kali ganda. biar sebelum ni tak hensem pun. ngeh ngeh~

ni pun sama. google jugak.
alaaa. aku pun sebenarnya bukan ikut sangat benda kat atas ni. kalau dah lambat nak pergi kelas tu. tudung hitam jugak aku sarung. tapi sampai je kat kelas. mulalah orang sibuk menegur. pelik. kelakar. tak sesuailah. mulut orang kan.
tapi aku kan bakal cikgu. imej tu kena jaga jugaklah. jadi aku selalu pastikan apa yang aku pakai tu kena. kalau darurat je. pelik sikit. hehe.
ok lah. semoga korang dapatlah sikit ilmu ni ye.
selamat beramal.


25 comments:
pakaila apa saja,
jgn bugil sudah hehe
sy mana la pakai tie ni.. motong getah mana de yg cantik2 pun.. kih kih kih
ehh..sapa yg comel sgt tu..sopanyeee..anak sapa la tu..
@sis92hahaha. betul!.
@ArulchelseAerr..bukan motong gotah ado uniporm ko?. mestilah kita yang comel tu...:P
tk do unipom pun..main batai je pakai.tuan log ni yg comel ek..in sapa je...kih kih..
*eh mana tau rindu ni..kantoi dah..kih kih kih
@ArulchelseAhahaha..rindu betul ni. malulah kitaaaa...:P
kain plikat warna pink belang2 sesuai tak ngn singlet nak buat tido?
@afzalsukasukihahahahahaah!. sesuai je. kalau singlet kaler hitam lagi masuk kot...:P
patutlah asya rasa sunyi hehe
imej melambangkan peribadi :D
pakai biar bersopan..jgn ada tudung tp bawah mcm "bogel" sudahla..heheh..
memang selalu ada je tak kena kalau bab pakaian mesti nak perfect.hehe sebab imej tu lambang peribadi kita. kemas ke o selebet je..hehe
@khairulhahahahha. dah agak..mesti ade yang rinduuuu!!..:P
@shiema sufiansokongg!!!!
@nuyui a.k.a miss YUIyup. contohnya pakai tudung dan bawah pakai legging!. bogel namanya!
@Cik Azizahserius. first impression org pun dari pakaian jugakk..:P
choki pom ta bapa reti bab cam nie . haha . :)
kita pakai hentam je,hikhik
@::ini belog saya . cinta hati saya::miratun madihahkadang kadang hentammm
saya sangat mengambil berat pemaikain baju dengan tie
pakai ye lahh apa saja...jgn pakai yg x sesuai sudah lahh or mcm balut nangka :)
@IMANSHAHhaaa. bagus tu!. baru nampak segak dan bergaya.
@stellaizzbetul. pakai comel!
tq diana..:)
betul3..setuju..bab pemakaian ni, nana tw jgk skit2..tp, yg lemahnya bab touch-up2 ni..itu yg xpandai..
@double'Ssama lah kita yang..kih kih..:)
hehehe..sme r..ct lau da terlewat, mesti pkai tudung itam punye..penyelamat..hihi
@ctktudung hitam tu tudung rasmi kot. hahaha
Post a Comment