Thursday, January 19, 2012

Penyamun ucap thank you ~

Buat jahat tapi penuh sopan santun. ni lah yang terjadi malam semalam dekat sebuah kedai runcit dekat Jalan Klang Lama. Dah dapat duit, si penyamun sempat mengucapkan terima kasih pada mangsa yang di samunnya.


gambar hiasan


berita lengkap dari harian metro.:


KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.


Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.


Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.


Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.


“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.


“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.


“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.


.................................................................................................................................................


tapi bagi aku lah kan. penyamun ni macam terdesak gila pulak. sebab dia siap kata kalau tuan kedai tu tak nak bagi duit tu secara percuma. dia sanggup pinjam pastu nak bayar pulak lagi. boleh caye ke?.


macam macam jenis orang ade sekarang.


wallahualam~

19 comments:

Admin said...

macam2 semoga polis dapat tangkap mereka yang mencuri itu

Anonymous said...

nak curi atau nak pinjam ?

Unknown said...

Pelik juga penyamun ni. Mungkin terdesak agaknya.

naiemah_ramli said...

erkk..plik2 la pnyamun skrg ni...esh2..huhuhu

logorithm said...

Kalau dia meminjam, mungkin dia akan merompak/meminjam daripada mangsa lain untuk membayar balik pinjamannya.

Cik tikah said...

penyamun ni terpaksa menyamun kot

cik kiwi's said...

memang terpaksa kot,..tapi salah la caranya tu...adoiii

puteri kasih said...

la camtu pun ada ke...macam macam

Unknown said...

sopan sungguh perampok tu...

cik kiwi's said...

hahaha. sejuk perut ibu mengandung

Unknown said...

mcm2 he3

Zul De Alexis said...

eh2 pelik nie...mngkin dia nak guna duit sgt2 kut

Pamie said...

apa jenis penyamun ni? tapi kire kejam jugak dia acu pisau kat perut yang ada baby..

LadyBird said...

berita yang sama yang lady baru bace time tejah blog infonewbie tadi.. pnymn baik..

Shida Radzuan said...

ha,a la kiwi mcm pelik je penyamun ni huhu..

cik kiwi's said...

serius pelik. penyamun baik hati. agak agak kalau kita ayat baik sikit, tak jadi kot dia nak menyamun...:P

Sheila Adziz said...

hehe... pelik tul...

cik kiwi's said...

pelik.tapi bnar

Classified ! said...

apa punya olang...pmpn ngandung pon nk p samun..
takat samun cekelat dah la..
hishh.....banyak qeja len lg...
kutip tin ka..cleaner ka..hat tu hg pilih...

B O D O I !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...