Sunday, February 26, 2012

Macho Seorang Suami

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al- Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.


"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula bagi suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya," ucap wanita itu penuh mengharap.



Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.


Lalu Umar mengisyaratkan kepada lelaki itu. Beliau menyuruh lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.



Tidak beberapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya. Isterinya yang tidak mengenali suaminya itu terkejut lantas berkata, "Wahai Hamba Allah, Apakah engkau tidak malu melakukan perkara sebegini di hadapan Amirul Mukminin?"


Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang mengenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.



Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.


"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka. sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya.


p/s : dengar tu bukan isteri je kena berhias untuk awak ye lelaki. awak pun sama ok kena berhias untuk isteri..:P


tak comel tak po, buleh tutup lampu. kih kih~

12 comments:

Flower Detox Tea said...

lelaki pun kena bersolek...

Classified ! said...

kalo cun boleyh lekat gamaq neelofa

*lama menghilang bz ?

Unknown said...

segmen last tuh fisha sokong. hehe.
fisha de tag cik kiwi lam entry fisha. jemputla dtg baca.
http://coretandakfisha.blogspot.com/2012/02/segmen-tambah-follower-tanpa.html

Karya Hati said...

dua2 kne hias :)

Unknown said...

dua2 bhiAs bAru sAma pAdan sAma lAwa :)

salam kenal~ alynn follow cni ^^

gnesop.com said...

x bersolek pun x per.. janji kemas :)
nak tido pun bersolek? parah.. hahah

Pamie said...

dua2 kena jaga penampilan :)

naiemah_ramli said...

berhias jgn pakai bedak sejuk mlm2 kan..hihihi..kang lari istri..hihihi

Nyue said...

dua2 harus menjaga penampilan diri n akhlak..

=))

Unknown said...

abg mtk maaf sbb lama x singgah .. busy skit sejak 2 menjak ni

CikTeddyCorner said...

btol3..bukan isteri je perlu brhias tuk suami tp suami pon same..

Unknown said...

cik kiwi nak tnye ape ye?maaf la..jarang on blog skrg hehe
nnt klw nak tnye..shout je fibox tu ek :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...