Thursday, May 17, 2012

Untung ke kawin dengan cikgu?

kalau aku balik rumah. kengkawan mak aku mesti tanya. "ni ke anak Kak Ros yang cikgi tu, seronoknya kalau dapat menantu cikgu cikgi ni"


what?! haishh.


muka aku masa tu memang kontrol habis. nasib tak pecah pinggan mangkuk yang aku tengah mandikan tu. huhu ~

memang mokcik mokcik kat luar sana tu teringin sangat bermenantukan cikgu ke?
teeetttt....

ok. kat sini aku bukan nak promote cikgu cikgi. cuma nak bagitahu sikitlah ape untungnya beristerikan cikgu. :)

ehem..:)
1) Penampilan diri

cikgu cikgi ni sangat sangat menjaga penampilan diri. baju ngan tudung trendy sokmo. yelah takut kalah dengan anak murid.~

kalau korang perasan lah kan. cikgu kat sekolah tu pakai baju kurung je memanjang. ayu dan sopan. lembah lembut lagi. jadi memang berebutlah orang nak buat isterikan. :)

program keluarga angkat
2) Faham karenah budak

Kalau dah hari-hari mengadap muka anak murid kat sekolah. secara tak langsung para cikgu ni tahu jiwa dan perangai kanak-kanak.

Secara tak langsung, korang tak perlu bimbang bila dah ade anak nanti. tahulah macam mane cikgu cikgi ni nak uruskan. kalau kat sekolah dulu pun, bebudak yang cemerlang kebanyakkannya semua anak cikgu. perasan tak? :)


3) Banyak cuti

ye. memang banyak. kalau sekolah cuti. automatik lah cikgu pun cuti. nak pergi kerja pun, nak ajar sape. jadi masa dengan keluarga lebih banyak. mudah lah nak pergi berjalan jalan berbulan madu. yeay!!. :)


4) Mudah mesra

cikgu memang mudah mesra. tak kisah la. dia kenal ke. tak kenal ke seseorang tu. senyuman pasti murah diberikan. sebab ape?

sebab dekat sekolah. cikgu ni dah biasa jumpa dengan pelbagai ragam orang, ibu bapa, atuk nenek, pak cik mak cik. secara tak langsung. hubungan sosial cikgu ni berwarna warni. <-- ok. ape kaitan dengan warna pulak!

kiranya secara tak langsung, cikgu ni dapatlah sesuaikan diri dengan segala macam ragam keluarga dan mak ayah si suami. :)

cikgu kesayangan.
5) Komited jalankan ape jenis tugas.

Bila dekat sekolah, cikgu tak pernah ponteng masuk kelas, selalu pergi kursus, buat kelas tambahan untuk murid, pergi aktiviti kokurikulum.

Bila dekat rumah pulak, cikgu ni akan komited jalankan tanggungjawabnya untuk suami. buat kerja rumah, masak sedap-sedap, layan suami baik baik. hehe. :)

ok. aku bukan macam ni eh!. :P

kalau nak senarai belake, memang sampai esok pun tak habis. ni kira sikit lah ni. korang pun boleh lah tambah kalau rasa nak tambah. :)

memang aku cakap untung kahwin dengan cikgu ni, tapi tak bermakna aku mengecilkan profesion lain. semua sama sebenarnya.

cuma adelah sikit kelebihan cikgu ni yang kadang kadang takde dekat profesion lain. ok. ceria selalu. jangan marah. :)

p/s : ayah. cepat kumpul duit. nak kawin. :)

21 comments:

Azizah green line said...

kebanyakannya cikgu ni demand.. wakaka :p jangan marah eh..hee tapi mmg ramai nak menantu cikgu.. gaji mahal..keje tetap.. keje opis hour..cuti sekolah cuti..sape tak nak kan..ngee

Lea Isnawi said...

lelaki eloklah cari siteri cikgu
pompuan better cari suami bisnesman

kayaaaa

kehkehkeh

Unknown said...

memey la ramai nk menantukan cikgu sebab persepsi masyrkt, yg di cop sebgai guru tu baik2 blake..ayu2... sopan2...tp sebenrnye keje ape je pun(yg halal) semuanya keperibdian yg penting.. :)

Anonymous said...

haha sokong komen lea asnawi

dulu bcita2 nk jadi cikgu tp tak dapek lah ..sekarang nk jadi pensyarah

Anonymous said...

hai cikgu... kehkehkeh

Eyda Dania said...

tp..klu jdi cikgu kan...busy gk..mlm2..kne semak buku kerja murid..kne wt soalan exam..hehe..

Bobo said...

cik kiwi mmg mesra hehe.. kira ciri2 ni ade kat cikgu laki juga lah kn? hehehe

misznanarizal said...

hehehe..pernah jadi cam cik kiwi jugak..sedara mara jauh2 la cakap, "la...bakal cikgu kaa..anak makcik bujang lagi"

tirahzairi said...

untungla dpt bnyk adiah...hehee

Zul De Alexis said...

esok nk pi cari cikgu ajak kawen lah..ahak2

Arra Ahmad said...

cikgi oh cikgi..hehe..
memang untung la.

CikTeddyCorner said...

ehem..x sabar nak kawen ka?ngeh3

jaakechik said...

jadi cikgu untung ek?
nak jadi cikgu jgklah kalo mcm tu....aci tak?

Judh said...

tibe2 nak jadi cikgi cikgi . haha :P

mamapp said...

mama setuju.. mmg untung sgt kawen dgn cikgu ni

Anonymous said...

Mesti best jadi cikgu ni. hee :D

Korn Ahmad said...

kalo betei lah, saya incik korn nak cari cikgi2 lah untuk bakal steri.. hihihi

Cik Puan Muda Umi said...

yg banyak cuti tu setuju..tu la yg paling best..hehehe

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

ahaha
memang untung la kn beristerikan cikgu hikhik

a said...

huhuhu...cuti tuh yg best.. GOOD LUCK lam bidang yg diceburi.. ilmu yg bermanafaat sampai ke mati pahalanya..=)

ecadwinkyasha said...

cuti tu mcm xbetul je..cuti pun asyik kursus sana sini..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...