KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya. - Sumber Sinar Harian.
p/s 1 : padan lah muka. ape kejadahnya kau keluar pukul 2 pagi dok bawah jambatan dengan pakwe kau? cuba pikir la oih!!
p/s 2 : pencegah maksiat ni pun satu. dah la bulan Ramadhan! kau jawab lah nant depan Allah!! haishh

15 comments:
sah2 menyamar tu
Knp la ppuan skg ni cetek akal..xtau la nk ckp ape.lelaki kau ptt jd pelindung wanita.astaghfirullah..
baek bwk beribadat byk2 lg bgos..kn ramdhan skg ni..
nauzubillah :|
btw, skrg ni dunia dah makin teruk.. so baek lelaki atau perempuan, musibah boleh menimpa kita bila2 masa... berdoa pada Allah moga dipelihara diri dari sbrang perkara terkutuk.. rasanya ada doa mintak supaya dijauhkan dari dianiaya... :)
rasanye tu org yg menyamar je tu..
x baik cakap macam tu.. apa pun, smua manusia pernah buat kesilapan.
setuju sangat..
ape la yg diorg wat pagi2 berdua-duaan..
bulan ramadhan lak tu..
both have their mistakes done
terok lah dunia sekarang
ish3....apa nk jd..
err kesian pun ada
tp semua tu salah diri sendiri jugak kan
tu laa gatai nk kua malm2 ngokkk
folo cini :)
adoiiii... kesiannya.. so, ini pengajaran besar buat kita...
ish..mengerunkan lah
Post a Comment