Siapa Crush Emma Watson?
Pemegang watak Hermione Granger iaitu Emma Watson mengaku bahawa dia pernah menyimpan perasaan kepada Tom Felton yang memegang watak sebagai Draco Malfoy di dalam filem yang sangat terkenal iaitu Harry Potter.
"Semasa berumur 10 dan 12 tahun, saya telah menyimpan perasaan yang sangat mendalam kepada Tom. Setiap kali datang berkerja saya akan melihat skrip dan melihat jika terdapat babak yang perlu berlakon bersamanya". kata Emma pada satu wawancara.
Emma menyatakan, dia sukakan lelaki yang berdikari, nakal, lebih tua darinya dan mempunyai papan luncur. Semua ciri-ciri tersebut ada pada Tom.
Namun, perasaan Emma tidak di balas. "Walaupun ia telah lama berlaku, namun Tom tahu dan menyatakan dia hanya melihat saya sebagai seorang adik, dan ia amat menyakitkan hati saya" kata Emma sambil ketawa.
sumber : yahoo news
p/s : hum. rilek emma. aku pun ade crush dulu2..kiki ~
3 comments:
cepat depa membesar kan
haissyyyy,, muja pun ada crush yang susah nak hilang,, sabo jelaa,, :D
kite crush ke awk..kehkehkeh
Post a Comment