walaupun tajuk kat atas ni macam tajuk karangan bebudak sekolah darjah 4. tapi. aku tak pedulik semua tu. yang penting. aku dapat hupdate buat kali kedua untuk musim cuti sekolah ni. horayy! tepuk tangan untuk diri sendiri. :))
kesian dekat belog ni. ni pun aku hupdate sebab ade topik nak hupdate. kalau tak haram terbiar je belog ni. sadis betei. takpa. biaq pi lah.
orait. minggu lepas. 13 hb sampai 16 hb aku pi cuti cuti Malaysia bersama keluarga tercinta. korang tau aku pi mana?
lambang kebanggaan langkawi
haaa. aku pi langkawi. ni festime aku pi sana. berkobar kobar. yelah orang duk kata pantai langkawi cantik. pantai langkawi biru. jauh beza dengan pantai kat Port Dickson yang kelabu tu. eh!! kiki ~
atas feri dari k. perlis - langkawi
ok. kalau korang nak pi langkawi naik feri. boleh naik dari kuala perlis. nak naik dari kuala kedah pun boleh. tapi mahal sikit tiketnya. kalau dari kuala perlis. tiket feri hanya Rm 18.00 per person :)
chogm villa, kuah
depan apartment
kami menginap di Chogm Villa, Pekan Kuah. Apartment ni cantik dan selesa. memang sesuai untuk yang mai dengan family. ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur lengkap semua, segala macam perabut ada. harga apartment ni hanya Rm 330 semalam.
aku sampai langkawi masa tu dah maghrib dah. kira hari pertama tu duk rehat dekat apartment jelah tengok bola semi final Malaysia vs Thailand. bila refree kpop dah tunjuk samseng. kami sekeluarga pun pi keluar makan. meluat betei aku. kalau aku jadi fadhli shas. aku tumbuk je muka refree tu. haihh!.
dalam kereta kebel. gayat!
hari kedua pulak aku pi naik kereta kebel. tiket nak naik kereta kebel Rm 15 untuk warganegara Malaysia. kena tunjuk ic dulu baru dapat 50 % potongan. kalau tak bawak ic. kena bayar Rm30 lah jawabnya.
atas gunung mat chincang
masa dekat dalam kereta kebel tu gayat gila. rasa melayang layang je. kecut perut woo. tapi pemandangan dia. Subhanallah. cantik sangat. dekat atas Gunung Mat Chincang tu sejuk je udara dia. kita dapat tengok Laut Andaman yang biru. memang superb. :)
kat sana jugak aku jumpa housemate aku ayuni. dia keja kat spa akak dia kat situ. baiknya hati siap bagi diskaun kat kami untuk spa fish. hehe. trimas ayuni. :)
mangrove @ paya bakau
Gua Buaya
Kilim Geoforest Park
Gua Kelawar
hari ketiga pulak kami buat aktiviti Mangrove Tour dekat Kilim Geoforest park. memang menarik. kita dapat bagi ikan makan, masuk Gua Buaya, Gua kelawar dan tengok burung helang yang sangat banyak tengah tangkap ikan. memang best dan menarik. harga untuk aktiviti ni Rm 200 per boat untuk 2 jam. 1 boat boleh isi 8 penumpang :))
balik dari kilim, kami pi shopping dekat kedai Haji Ismail Group. memang memborong. hatiham beli kuali magic, pinggan mangkuk, sudu, garpu. aku pulak memborong cokelat. memang seronok. :)
pantai Chenang
petangnya pulak pakat pi mandi dekat Pantai Chenang. wah!!. ramai gila orang yang berbikini. sakit mata aku. hoho. tapi seronok mandi kat pantai Langkawi ni. lain rasanya dari mandi dekat Port Dickson tu. huhu :))
malamnya kami pi downtown. beli ole ole untuk kengkawan semua. sapa yang dapat ole ole dari aku tu korang kena gembira sebab aku ingat kat korang dan sayang korang walaupun aku pi bercuti. bangga dak?. :))
esoknya. aku pun balik dengan barang barang yang 2 kali ganda banyak dari yang aku bawak. The End.
p/s : tempat cuti keluarga seterusnya adalah Sabah. horay! :))
4 comments:
wahhhhh . bikini terbaik .
nak join gak p sabah bahhh
owh duduk chogm villa..best kn situ..hehe..dulu pon penah dok pekan kuah..masa memula dok situ rasa cm duk luar bndar n ingt dlm utan upenye dekat dgn pekan kuah,,hehe
comel.. :D
nak cubit pipi boleh?
nampak mcm best jer langkawi... apasal kawan aku cakap boring eh?
rm330 mahal oih..
alamat kena potong la det shopping sikit uhuk2
tapi nak buat camner kan..cuti sekolah :)
Post a Comment