Hadiah Hari lahir Mak, Mama, Amma, Umi dan Ibu di Malaysia
Assalamualaikum.
hehe. lama sungguh tak menaip dengan perasaan yang gembira dan riang. walaupun isnin ni aku exam dan sepatutnya aku tengah study sekarang ni. tapi aku saje nak ambik masa 3, 4 minit buat entry ni untuk membantu korang-korang yang dah blur nak bagi ape untuk mak korang bila birthday mak mak ni menjelma.
haritu kalau korang perasan aku ade buat survey hadiah hari jadi untuk lelaki. macam macam jawapan aku dapat. tapi alhamdulillah semuanya terbaik dan sangat membantu kawan kawan kita yang lain :)
jom tengok hadiah ape yang nak bagi dekat mak kita :
1) Gelang Emas atau Cincin Emas atau Rantai Emas atau aksesori lain kegemaran mak kita. :)
Apelah salahnya curahkan kemewahan pada mak sekali sekala ye dak. Bagi dekat girlfriend/boyfriend hadiah mahal-mahal masa birthday boleh, takkan untuk mak tak boleh kan?
2) Set Pinggan Mangkuk. :))
Untuk mak mak yang rajin ke dapur, set pinggan baru atau alatan dapur adalah yang paling sesuai dan praktikal. aku konfem. kebanyakkan mak mak kita memang suka ni. tak caye, mase pegi langkawi, ape benda yang mak kita borong? ok jawab dalam hati. kikiki :P
3) Baju atau ape ape jenis Pakaian.
yang ni ikut koranglah nak bagi ape kat mak korang. jubah ke. tudung ke tshirt labuh ke blouse ke baju kurung ke atau apa saja baju sesuai diberikan pada mak korang. Tapi ingat saiz biar sesuai na.
4) Set mandian atau Wangian.
err. yang ni aku pernah tengok abah aku bagi kat mak aku. kira boleh lah kan. mak kita pun nak belai diri macam dekat spa jugak :)
5) Bunga atau Cokelat atau Kek
Bagi ni pun ok ape. Kadang-kadang dari hadiah yang nampak mudah ni pun dah cukup tunjukkan pada ibu kita yang kita hargai dia. tapi beringat. untuk mak mak yang ade kencing manis tu. tak payah la bagi cokelat. hehehe . B)
6) Kad Ucapan
yang ni kalau korang takde duit sangat nak beli hadiah mahai mahai. beli kad pun dah orait. tak nak beli. buat sendiri lagi bagus. kreatif. tanda kenang kenangan untuk mak kita ye dak.
7) SMS dan Telefon
haaa. yang ni pulak bagi yang tak dapat balik kampung dan yang tak sempat nak beli ape ape dan yang jimat tahap tutttt.. Tanya khabar ucapan terima kasih pun dah buat hati mak kita sejuk je. hehe .
sekian dulu. sambung study :)
p/s : sebenarnya banyak lagi. maybe korang boleh suggest hadiah lain. jom kongsi pendapat :))
No comments:
Post a Comment