Saturday, May 18, 2013

Ustaz Kazim Henti Ceramah Kecewa diFitnah


“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.



“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.


Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

p/s : sifat pendakwah seharusnya tabah dan sabar. bukan putus asa. :) 


sumber : harian metro

5 comments:

misz aisya said...

xpela, dah itu pilihan dia. kan banyk faktor tu. bkn kecewa semata2. dia ttp sampaikan ilmu pd tmpt dy bekerja kan.. tp, will miss him. dy ceramah best! :)

N i d u t said...

kesian Ustaz..die x berputus asa,Pusat Pendidikan Al-Barakah tu masih ada utk dia sampaikan ilmu..cuma ni demi keselamatan family, dia terpaksa buat mcm tu..Allah lebih tahu..

Sarah Mnasir said...

alahai kseian UKE. semoga Allah melindungi UKE dan keluarga.

biar-hati-berbicara said...

sabar je la..
UKE mmg bnyak sbb..

Bapak said...

rasanya UKE tak berapa sihat sangat lately..sekurang-kurangnya ada Al-Barakah untuk beliau terus berdakwah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...