Sunday, February 8, 2015

2015 - Merantau seberang lautan

Lama tak menulis. Sampai lupa cara dan tujuan asal aku mula menulis.

Terlalu lama blog terbiar tak sempurna. Setahun mungkin. Tarik nafas... 

Aku cuba tak mengabaikan kau lagi. 

2015. Permulaan yang awesome bagi aku dan sahabat sahabat yang bernasib baik kerana dipilih Allah untuk di posting awal.

Sarawak. Menitis air mata saat meneliti portal e graduan. Tak percaya. 3, 4 kali refresh. Sama.

Sarawakian Ipgkkb

27 Januari 2015, keputusan posting keluar.
28 Januari 2015, pendaftaran di Serdang.
29 Januari 2015, terbang ke sarawak. 
30 Januari 2015, lapor diri di sekolah pertama berkhidmat. Sk Laksamana, Kuching, Sarawak. 

Sekelip mata. Aku sekarang dah berada di bumi kenyalang ni. Hebat percaturan Allah. Dipilihnya aku dan kawan kawan seperjuangan yang kuat fizikal dan mentalnya untuk lalui semua ini. 

Allah tahu setakat mana kau boleh. Allah buat sesuatu tu penuh dengan hikmah. 

Terima. Telan. Tabah. Perbetulkan niat. Ikrar yang dibuat harus dikota. Anak didik kau menunggu dengan gembira. Cuba kenali bumi Allah Sarawak. 

InsyaAllah

Semuanya akan baik baik belaka. 

Penuh harapan.. Mohon doa. 

1 comment:

Azizah green line said...

Untung cik kiwi dpt kuching. Kira bandar. Adik ipar kak kat kapit. Xde jalan darat. Nak g sekolah dia dr sibu naik perahu 2jam lebih..

Xpe. Pengorbanan seorang guru. Tahniah n selamat bertugas cik kiwi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...