Thursday, March 5, 2015

Cap Goh Meh Sarawak

Bismillah.

Sambil aku menaip ni sebenarnya, telinga aku dihiburkan dengan dentam dentum mercun yang mana meriahnya mengalahkan suasana malam raya.

Fikiran terus terbang ke kampung halaman. Ok.. stop.

Selalunya aku dengar cerita deqti yang dekat penang berkenaan cap goh meh ni. Dia selalu cerita malam masa cap goh meh ni ada bunyi mercun sana sini. Tak berhenti. Dasyat dengar cerita beliau. Sebelum ni tak pernah nak ambik tahu pun.

Tapi sekarang bila dekat perantauan orang yang mana rata rata jiran aku berbilang bangsa dan majoritinya kaum china. Aku terpanggil lah nak cerita pasal cap goh meh ni.

Jiran depan rumah

CAP GOH MEH. Maksudnya malam lima belas. Sejarah cap goh meh ni dulu ada banyak versi. Ada yang cakap petani petani dulu pasang lampion dan bunyi bunyi mercun tu untuk halau hama dan makhluk perosak dari makan tanaman mereka selain mencipta pemandangan indah di waktu malam.

Versi lain pula menyatakan perayaan ini untuk memberi penghormatan kepada dewa thai yi yang dianggap dewa tertinggi di langit semasa dinasti Han. Mereka akan memasang lampion dengan bentuk yang pelbagai dan terang benderang dari senja hingga ke esokkan harinya.

Mereka juga akan makan makanan khas bernama Yuan Xiao atau nama lainnya Tang Yuan. Maksud Yuan Xiao ni malam di hari pertama. Makanan ni berbentuk bebola yang dibuat dari tepung beras. Ia melambangkan kebersatuan sesebuah keluarga besar. Sama macam makan besar masa Tahun Baru Cina tu.

Eh rasa belum terlambat untuk beri ucapan kepada semua yang menyambut Tahun baru cina. Gong Xi Fat Cai. Terutama pada deqti dan keluarga. Seronok kawin campur. Boleh rasa semua perayaan. Hee.

Hannah & ayish seronok kumpul angpau

Hamboi. Panjang pula rasa menaip. Hingga ke noktah terakhir ni pun. Masih riuh bunyi mercun. Hebat tak hebat lah kan sambutan dekat sini. Bangga jadi anak Malaysia. Selain barang mahal, kita berpeluang untuk hidup aman damai bersama sama. Peace yo. 

Wallahualam.

1 comment:

Lea IsNawi said...

amboi sedondon merahnyaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...